|
Demi Cinta Allah
Monday 17 December 2012 | 05:23 | 0 comments
Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati
Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya,
dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang
dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki
menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah
Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang
lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata
pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini
tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia
alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu
si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia.
Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar
bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin
menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si
jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari
tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya
bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga,
didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar
tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi
segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka
itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih
lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya
masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu
cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka
menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati
kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan.
Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat.
Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia
ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah
berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit
takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari
kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup
pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan
kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk
dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan,
berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu,
hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur
hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan
kepadaMu."
0 Comments: |